Chetz Yusof membuat penjelasan Video Raya Dengan Anjing

Chetz Yusof pembikin video yang memaparkan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada hari raya pertama dengan 3 ekor anjing yang dibelanya  telah dikatakan menghina Islam. Ini kerana anjing merupakan haiwan yang haram untuk orang Islam pelihara kecuali untuk tujuan menjaga binatang ternakan atau memburu. Menurut beliau video tersebut telah dimuat naik ke dalam Youtube oleh individu tertentu yang menggunaka nama stokmynewshub dengan tajuk  “Rai Aidilftiri Dengan Anjing Hina Islam?”

 

Chetz menghina Islam dengan video beraya dengan anjing

Chetz menghina Islam

 

Beliau tampil membuat penjelasan selepas dilemparkan pelbagai cemuhan,ugutan dan pandangan negatif.
Di bawah ini merupakan penjelasan beliau berhubung dengan video tersebut.
[questionbox]

Saya tiada niat pun hina Islam sebaliknya video itu pada mulanya saya buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan. Menurutnya juga, video tersebut sudah lama sejak diterbitkan sejak tahun 2010 lagi dan kini hangat diperkatakan dilaman sosial.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela. Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi. Menurutnya, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

 

 

[/questionbox]

[yt video=”7ZX1H1Hpt3Y” width=”560″ height=”340″ /]

[okbox]P/S : Seharusnya beliau perlu merujuk kepada ahli agama sebelum membuat video sebegini. Walaupun tujuannya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai namun niatnya boleh disalahertikan. Apatah lagi di masa ini yang mana pengaruh laman sosial sangat besar dan boleh menyebabkan sesuatu benda menjadi isu apabila dikongsi dalam laman media sosial.[/okbox]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge