Buffet Ramadhan Casa Ombak



Buffet Ramadhan Casa Ombak

Bulan Ramadhan kini dah tiba. Sudah pasti ramai yang mencari-cari tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai. Bagi individu yang bekerja atau menetap di sekitar Kuala Lumpur saya cadangkan anda mencuba Buffet Ramadhan Casa Ombak yang terletak di Jalan Damai. Usah bimbang mengenai kualiti dan kesedapan juadah yang disediakan kerana ia merupakan perniagaan milik keluarga Akma Omar seorang blogger Malaysia .  Tambahan lagi ia terletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses.

Untuk makluman, sebelum ini Casa Ombak pernah mengadakan Buffet Ramadhan Casa Ombak di Titiwangsa pada tahun 2012 sebelum berpindah ke lokasi sekarang di Jalan Damai pada tahun 2013.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 2

 

Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak

Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak ialah di sebuah rumah banglo di Kuala Lumpur. Oleh itu pelanggan yang tinggal atau bekerja di sekitar Kuala Lumpur boleh mencuba Buffet Ramadhan Casa Ombak. Ia dibuka setiap hari bermula jam 6.30 petang dan berakhir pada 10.30 malam.

Menurut maklumat daripada blogger-blogger yang pernah datang berbuka puasa di Casa Ombak, lokasi tersebut senang dicari walaupun anda tidak biasa dengan kawasan tersebut. Sekiranya mempunyai telefon pintar boleh muat turun aplikasi waze dan taipkan alamat Casa Ombak tersebut.

Bagi memudahkan pelanggan yang berminat untuk mencuba Buffet Ramadhan Casa Ombak boleh merujuk kepada peta yang dilampirkan atau merujuk Google Maps Casa Ombak yang beralamat di no.22, Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

Sebagai petunjuk boleh cari ‘Land mark’ yang berdekatan iaitu Vista Damai Condominium, Double Tree Hotel dan The Intermark sekiranya anda di Jalan Ampang.

 Peta Buffet Ramadhan Casa Ombak




 

Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak (Google Map)

 

Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak

Harga promosi buffet Ramadhan Casa Ombak yang ditawarkan oleh Casa Ombak sepanjang bulan Ramadhan ini adalah seperti berikut :

Buffet ramadhan ombak creative,Buffet Ramadhan Casa Ombak, facilities ombak creative, buffet murah sedap, casa ombak, ombak creative, wedding planner, event planner, dekorasi, photo booth, birthday planner

Kategori kanak-kanak ialah individu yang berusia 5 hingga 12 tahun dan jika berusia kurang daripada 5 tahun caj bayaran akan dikecualikan. Pada saya harga yang ditawarkan ini sangat berpatutan dan berbaloi.  Pendek kata harga  ini mampu dinikmati oleh semua.

Harga Buffet Ramadhan  ini jauh lebih murah jika membuat tempahan awal sebelum 29 Jun 2014 yang lepas iaitu cuma RM35 seorang. Oleh itu, pastikan tahun depan anda membuat tempahan awal supaya mendapat harga yang jauh lebih murah. Bagi mengelakkan anda terlepas mana-mana promosi Ombak Creatives, pastikan anda Like Page Ombak Creatives.

 

Menu Buffet Ramadhan 

Hidangan yang disediakan di Buffet Ramadhan Casa Ombak ialah menu masakan kampung. Antara juadah yang disediakan adalah seperti ikan bakar,telur puyuh masak pedas, ayam masak kurma, sotong,paru,sayur, ikan masin dan pelbagai lagi.   Pelbagai juadah yang disediakan pasti menambat selera pelanggan. Ia bersesuaian dengan selera orang Malaysia yang gemar masakan kampung. Juadah ini pasti menggamit kenangan sewaktu berbuka di kampung. 

Selain itu Casa Ombak juga menyediakan ‘instant cook stall’ yang mana pelanggan boleh memesan makanan daripada Chef yang bertugas di ‘stall’ tersebut. Antara menu yang boleh dipesan ialah roti jala dan roti bom. Sementara menunggu makanan dimasak oleh Chef, pelanggan boleh menyaksikan kemahiran memasak Chef bertugas.

Konsep Suasana Persekitaran Casa Ombak

Persekitaran Casa Ombak

Baru-baru ini beberapa blogger telah datang ke Banglo Casa Ombak untuk mencuba sendiri juadah yang disediakan oleh Casa Ombak. Impresi pertama mereka apabila sampai ke Casa Ombak adalah mereka sangat suka  suasana dan konsep yang digunapakai di Casa Ombak.

Konsep yang Casa Ombak gunakan ialah konsep buffet terbuka dalam taman. Jadi tidak hairan jika juruhias Ombak Creative menggunakan tema hijau pada meja dan  menggunakan warna putih pada kerusi. Susunan meja yang praktikal juga membolehkan pelanggan menikmati makanan dalam suasana santai.

 

Kemudahan disediakan di Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak, facilities ombak creative, buffet murah sedap, casa ombak, ombak creative, wedding planner, event planner, dekorasi, photo booth, birthday planner

Casa Ombak ingin memberikan pelanggan “Your True Experience”. Oleh itu keselesaan pelanggan dititikberatkan di samping juadah yang menyelerakan dan persekitaran yang santai. Pelanggan tidak perlu risau untuk datang bersama keluarga atau kawan-kawan membawa kenderaan sendiri kerana parkir adalah percuma disebabkan ia adalah banglo persendirian. Sesudah mencari lokasi sesuai di tepi jalan boleh letakkan kereta anda di tepi jalan asalkan tidak menghalang kereta lain. Bagi pelanggan yang mempunyai telefon pintar atau tablet, kemudahan wi-fi tersedia bagi membolehkan pelanggan mengakses internet. Yang lebih penting, surau juga disediakan bagi memudahkan muslimin dan muslimat mendirikan solat.

 

Kapasiti Casa OmbakKapasiti Tempat Duduk Casa Ombak

Kapasiti tempat duduk Casa Ombak @ Casa Creative ialah 200 pax dan mencukupi untuk tempahan keluarga atau secara berkumpulan. Walaubagaimanapun, pelanggan digalakkan membuat tempahan awal bagi memudahkan pelanggan merancang masa perjalanan.

Tempahan Buffet Ramadhan 

Pihak Casa Ombak menerima semua tempahan samada dari individu, kumpulan,keluarga atau syarikat.  Sekiranya berminat untuk mencuba Buffet Ramadhan di Casa Ombak ini digalakkan menghubungi nombor yang tertera di bawah bagi membuat tempahan. Ini bagi memastikan pelanggan mendapat tempat apabila tiba di banglo Casa Ombak. Tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak

Tempahan Boleh Dibuat Melalui:

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001 

Tel : 03 21818750

Call/Whatsapp : 013 624 1417

Call/Whatsapp : 012 662 1062

Facebook page : Ombak Creative

Website: www.OmbakCreatives.com

 

Sebelum mengakhiri artikel saya ini saya ingin memperkenalkan serba sedikit informasi mengenai Casa Ombak @ Ombak Creative. 

Informasi mengenai Casa [email protected] Ombak Creative

Logo Syarikat Ombak Creative

“Your true experience”

Casa Ombak @ Ombak Creative adalah sebuah syarikat pengurusan majlis yang dimiliki sepenuhnya oleh Casa Ombak  Sdn Bhd. Ia merupakan sebuah syarikat berstatus Bumiputera yang telah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan telah banyak mengendalikan penyediaan makanan dan majlis perkahwinan samada dari syarikat korporat atau orang perseorangan. Perkhidmatan yang ditawarkan Ombak Creative tidak terhad kepada pengurusan majlis bahkan menyediakan perkhidmatan lain seperti :

  • Tatarias wajah (make up) dan Andaman
  • Rekaan baju pengantin untuk majlis tunang nikah
  • Penyediaan Pelamin Penuh/Pelamin Mini
  • Hiasan meja dan kanopi
  • Penyediaan hantaran

Casa Ombak mempunyai beberapa pakej namun ia boleh disesuaikan mengikut bajet dan kemampuan pelanggan sesuai dengan slogan Casa Ombak “Your true experience”. Sekiranya sedang mencari lokasi untuk melangsungkan perkahwinan apa kata hubungi mereka dengan melayari laman web Ombak Creatives.

 

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

11 Comments
  1. July 1, 2014
  2. July 2, 2014
  3. July 3, 2014
  4. July 7, 2014
  5. July 9, 2014
  6. July 12, 2014
  7. July 16, 2014
  8. July 19, 2014
    • August 23, 2014
  9. August 20, 2014
    • August 23, 2014

Leave a Reply to UpProfits Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge