BR1M Khas GST 2015 tambahan pada BR1M 4.0

BR1M 4.0 2015 : Butiran BR1M Khas GST 2015?

Pengumuman terbaru Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai BR1M 4.0 2015 naik lagi menjadi RM950,RM750 & RM600 dengan adanya bantuan bayaran BR1M khas GST 2015 kelak.

BR1M

BR1M

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas GST 2015 membolehkan bayaran BR1M 4.0 2015 RM300 yang merupakan tambahan kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Ini bermakna jika anda sekarang telah menerima RM650 (bagi kelayakan isi rumah RM3000 dan ke bawah), anda bakal layak menerima RM650 +RM300 (bayaran khas GST 2015)

Begitu jika anda terima bayaran BR1M 3.0 2014 dengan jumlah RM450 (bagi isi rumah RM3000-RM4000) dan RM300 (bujang berpendapatan RM2000 dan ke bawah), bermula tahun dapat dijangka anda akan menerima bantuan bayaran khas GST 2015 sebanyak RM300 menjadikan BR1M 4.0 2015 anda menjadi RM750 & RM600. Jelas?

Pastikan anda memohon BR1M 4.0 pada tahun 2015. Pendaftaran boleh dilakukan melalui atas talian dan akan dimaklumkan kelak.

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge