BR1M 4.0 dinaikkan untuk yang layak pada bajet 2015

BR1M 4.0 dinaikkan pada bajet 2015 bagi yang layak

KUALA LUMPUR: Setelah mengambil kira peningkatan pendapatan kerajaan menerusi GST, kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia dinaikkan bagi semua penerima yang layak.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawa, BR1M 4.0 dinaikkan sebanyak RM 300 iaitu menjadi RM950.BR1M 4.0

Pembayaran akan dilakukan sebanyak 3 kali iaitu pada bulan Januari dan Mei 2015 sebanyak RM 300, dan bakinya RM350 dibayar bermula pada September 2015.

Isi rumah dengan pendapatan bulanan RM 3000 ke RM 4000 akan menerima RM750 dan dibayar ansuran 3 kali iaitu RM 200 pada bulan Januari dan Mei 2015 manakala bakinya RM 350 pada September 2015.

Perkara mengenai kenaikan BR1M 4.0 dinyatakan oleh Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 : Ekonomi Keperluan Rakyat di Dewan Rakyat pada Oktober yang lalu.

kategori bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan sebulan tidak melebihi RM2000 pula akan menerima RM350 dan dibayar sekaligus pada awal tahun 2015.

Insuran takaful berkelompok (i-BR1M) pula akan digantikan dengan Skim Khairat Kematian yang bakal memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan bernilai RM1000 berkuatkuasa selama setahun.

Sebelum ini, kerajaan telah memberikan BR1M ini sebanyak 3 kali iaitu BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan BR1M 3.0 yang bermula pada tahun 2012 dengan nilai bantuan pada awalnya ialah RM 500. Seterusnya kerajaan telah menaikkan nilai bantuan tersebut sedikit demi sedikit.

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge