Bayaran Khas RM 1,000 untuk Raya 2015 hanya khabar angin
Sejak kebelakangan ini banyak khabar angin yang tersebar luas menerusi laman sosial dan yang terbaru ialah khabar angin mengenai bonus bayaran khas raya 2015 bernilai RM1,000 kepada penjawat awam. Akhbar Utusan Malaysia telah pun menafikan mengeluarkan berita bahawa Perdana Menteri telah mengumumkan bonus raya bagi penjawat awam bagi tahun 2015.
Ia tersebar meluas di laman sosial bermula 14 Jun 2015 dan memetik kenyataan dalam mesej palsu tersebut
Putrajaya 13 Jun – Kerajaan bersetuju memberi bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM1000 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri- Utusan Malaysia.
Semoga semua penjawat awam dapat bertenang dan tidak menyebarluaskan khabar angin tersebut. Jika kerajaan berkemampuan, sudah pasti Perdana Menteri akan mengumumkan bonus raya pada tahun ini. Oleh itu, sama-sama kita nantikan berapa jumlah bonus raya yang bakal penjawat awam terima pada raya tahun 2015 ini.