Belajar buat blog secara percuma di AMC Kolej Sabah

AMC Kolej Sabah anjur kursus buat blog secara percuma

Saya rasa ramai yang masih tidak tahu bahawa Kolej AMC menganjurkan kelas belajar buat blog secara percuma. Kursus kemahiran blogging ini merupakan tajaan penuh Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Negeri Sabah. Saya rasa rakyat Sabah sangat beruntung kerana diberi peluang menyertai kursus teknologi maklumat secara percuma. Selain dapat menyertai kursus secara percuma, peserta juga akan diberikan sijil penyertaan dan diberi makan dan minum secara percuma.

 

Kursus Blogging Percuma Di AMC Sabah

Dalam kelas blogging ini, para peserta akan diberikan latihan secara praktikal untuk membuat blog menggunakan platform blogspot. Platform blogspot ini digunakan dalam kelas ini kerana ia agak mudah digunakan untuk bakal individu yang berminat menjadi blogger. Saya berpendapat kelas blogging di kolej AMC ini pasti mendatangkan manfaat kepada para peserta kerana selain dilatih membuat blog sendiri, peserta juga diberi penerangan mengenai kaedah untuk menjana pendapatan dari blog.

Syarat penyertaan kursus kemahiran blog
Syarat penyertaan Kursus blogging percuma ini adalah merupakan rakyat Malaysia dan berumur 10 tahun ke atas.

Tempoh kursus blogging
Kursus blogging percuma ini diadakan selama 7 jam.

Jadual kursus blogging percuma
Terdapat dua pilihan iaitu samada pada siang hari hujung minggu atau pada waktu malam hari biasa.

Sabtu/Ahad
Kelas hujung minggu akan diadakan selama sehari daripada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang.

(Isnin-Selasa) (Rabu-Khamis) (Jumaat-Sabtu)
Kelas pada waktu hari biasa diadakan selama 2 malam bermula pada jam 6.00 petang sehingga 9.30 malam.

Lokasi kursus percuma kemahiran blogging
Lokasi kursus kemahiran blogging secara percuma ini diadakan di Likas Square yang terletak berhampiran Sabah Trade Center.

Sekiranya berminat, boleh tinggalkan emel anda disini.

Sila masukkan nama dan emel anda





 

One Response
  1. July 4, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge