Bantuan RMT tidak berkhasiat

Bantuan RMT tidak berkhasiat kerana diseleweng

Beberapa pengguna laman sosial facebook telah berkongsi gambar yang dikatakan makanan yang disediakan untuk rancangan makanan tambahan di sekolah. Gambar tersebut menunjukkan nasi dengan  sosej dan gambar yang satu lagi menunjukkan nasi dan seketul ikan.  Ia menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat Sabah kerana ramai yang merasakan ia tidak sepatutnya dihidangkan kepada murid-murid sekolah. Walaubagaimanapun kesahihan gambar tersebut belum boleh dibuktikan.

Bantuan RMT tidak berkhasiat

Rancangan Makanan Tambahan atau singkatannya RMT merupakan satu usaha kementerian pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang.

 

Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan ke semua kawasan di seluruh negara. Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga menjadi kriteria utama pemilihan murid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge