Akim dan The Majistret Juara Anugerah Juara Lagu ke-30

Lagu #Potret nyanyian #Akim & The Majistret juara AJL ke-30

Tahniah buat Akim & The Majistret kerana telah pun sah dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah Juara Lagu edisi ke-30. Lagu berjudul #Potret telah berjaya menobatkan mereka menjadi pemenang #AJL30. Wang tunai sebanyak RM50,000 berjaya dibawa pulang oleh Akim & The Majistret.  Maka berakhirlah teka-teki siapa yang bakal menjadi juara #AJL30.

 

Akim__The_Majistret-Potret Juara Lagu AJL

Faizal Tahir pula menyandang Naib Juara dan menerima RM 35,000 wang tunai. Mungkin markah Faizal Tahir kurang sikit disebabkan oleh persembahan unplugged bersahaja Faizal tetapi jika diikutkan terdapat mesej yang boleh menyentuh hati.

Caliph Buskers menyandang tempat ketiga dan berjaya membawa pulang RM 20000 dalam bentuk wang tunai. Judul lagu yang menjadi taruhan Caliph Buskers dalam Anugerah Juara Lagu ke-30 adalah Hanya Namamu.

Kategori anugerah persembahan vokal terbaik pula telah dimenangi oleh Dayang Nurfaizah yang mana beliau telah mengekalkan trofi yang telah dimenanginya pada AJL ke-29 yang lepas. Judul lagu yang berjaya mengekalkan anugerah tersebut adalah Tak Pernah Menyerah.

Kategori anugerah persembahan terbaik juga dimenangi oleh Akim & The Majistret menerusi lagu Potret.

Dalam AJL ke-30 ini juga satu anugerah baharu iaitu Anugerah Qu Puteh Diva telah diperkenalkan dan dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Cindai. Anugerah tersebut dinilai menerusi jumlah undian tertinggi menerusi laman web rasmi AJL 30.

Pihak admin arieon.my mengucapkan jutaan tahniah kepada semua para pemenang AJL 30. Bagi calon AJL 30 yang tidak memenangi sebarang anugerah janganlah bersedih kerana Perjuangan harus diteruskan.

 

One Response
  1. January 29, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge