5072 orang pelajar baru ditawarkan tempat di UMS

 


Gambar oleh Salbinous Saribun

Gambar oleh Salbinous Saribun

Sepanggar, 1 September – Seramai 4279 orang mahasiswa baharu yang telah setujuterima daripada 5072 tempat yang ditawarkan dijangka akan mula mendaftar diri di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula pada hari ini 1 September 2013 . Pelajar baharu yang akan mendaftar masuk Universiti ini datang daripada seluruh pelusuk negara Malaysia. Kebanyakan pelajar yang datang turut hadir bersama ibu bapa atau penjaga mereka bagi melihat sendiri keadaan dan suasana di Universiti Malaysia Sabah.

Langkah berani yang diambil oleh Universiti Malaysia Sabah tahun lepas yang menggunakan sepenuhnya pelajar dalam menguruskan Minggu Suai Mesra 2013/2014 ini diteruskan lagi buat kali kedua selepas melihat kebolehan pelajar mengurus dan mengendalikan Minggu Suai Mesra pada Minggu Suai Mesra yang lepas 2012/2013. Selain itu proses pendaftaran universiti dengan menggunakan sistem E-Daftar Universiti Malaysia Sabah juga turut diteruskan sama seperti tahun lepas. Proses pendaftaran universiti ini telah mempermudahkan pihak Universiti dan juga memendekkan masa pelajar untuk membuat pendaftaran Universiti. Ini kerana proses ini dilakukan seiring dengan proses setuju terima oleh UPU dan menggunakan sistem atas talian. Ini memudahkan pelajar kerana sistem ini boleh diakses pada bila bila masa sahaja.

 
Sehingga tengahari tadi, kenderaan ibu bapa,teksi dan bas dapat dilihat keluar masuk ke dalam kampus Universiti Malaysia Sabah. Keadaan ini akan berterusan sehingga 2 September 2013. Ibu bapa juga boleh dilihat berada di merata tempat dan tidak terkecuali pelajar yang menjadi pelaksana Majlis Suai Mesra. Ada ibu bapa yang kelihatan berehat di bawah pokok, ada yang duduk di bawah khemah yang disediakan, ada yang meninjau keadaan asrama Kolej AB,CD, dan E.

Cuaca pada hari ini agak panas dan apa yang harus dikagumi ialah walaupun pelajar baru ini terpaksa menahan panas dan berjalan kaki dari tempat parking kereta atau tempat bas berhenti, kelihatan pelajar baru ini seakan tidak kisah dan masih bersemangat untuk meneruskan pengajian disini.

Para mahasiswa dan mahasiswi baharu akan mengikuti minggu orientasi UMS yang dikenali sebagai Minggu Suai Mesra (MSM) yang akan berjalan selama 5 hari bermula pada 1 September 2013 sehingga 6 September 2013. Sepanjang tempoh itu mereka akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti  seperti  Majlis Pengenalan Universiti, Majlis Ikrar dan Aku Janji, Taklimat Universiti, Program Riadah dan Persembahan Bakat pada malam kemuncak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge