49 pertubuhan haram didedahkan KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah pun mengeluarkan senarai 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram dibawah akta persatuan 1966. Jumlah terkumpul ahli organisasi kongsi gelap ini dikatakan mencapai 40,313 ahli berdaftar. Senarai tersebut dikeluarkan oleh KSU KDN dalam satu sidang media pada hari ini iaitu Khamis 29 Ogos 2013.

71 peratus daripada jumlah tersebut adalah ahli kongsi gelap India, 20 peratus ahli kongsi gelap Cina , 4 peratus ahli kongsi gelap Melayu dan selebihnya ialah ahli kongsi gelap dari Sabah dan Sarawak.

Geng 08 dan Geng 04 telah disahkan oleh beliau sebagai geng yang paling berbahaya kerana terbabit dengan kegiatan menjual dadah dan menggunakan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini. Menurutnya lagi organisasi kongsi gelap ini telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan.

Antara kesannya ialah semua aset yang dimiliki oleh organisasi ini akan disita oleh Jabatan Insolvensi dan bagi individu yang menggunakan nama,simbol atau premis atau mengaku sebagai ahli pertubuhan 49 organisasi kongsi gelap ini akan ditahan.

 

Berikut senarai organisasi yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Semenanjung

– Gang 04 aktif di  Kedah, Penang, Johor dan Kuala Lumpur.

– Gang 08 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

– Double 7 aktif di Semenanjung.

– Tiga Line aktif di 20 kawasan di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.

– Gang 30 aktif di Semenanjung.

– Gang 38 aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di W.P.Kuala Lumpur dan Johor Baharu, Johor

– Gang 24 (di 6 kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Penang, Perak dan Johor).

– Gang 18 (di 8 kawasan di  Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor).

– Gang 36 (Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur).

Organisasi lain yang dikenalpasti di Semenanjung adalah gang  Gee Ah Eng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong, Gang 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, PNEH, Hong Hong San, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Leng Hor, Geng 35, Geng 303 dan Geng Satu Hati.

Sabah

-ATAP, Hung Ann, Sui Yuk, Otai dan Borneo Red EMP.

Sarawak

-Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu T, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sg Merab, Sg Badut, Ting Ching Lee, Tua Cak Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge