48 jam sahaja sebelum permohonan ke IPTA 2015/2016 ditutup

Masa tinggal 48 jam sahaja sebelum permohonan ke IPTA 2015/2016 ditutup

Masa terus berjalan dan ketika artikel ini ditulis hanya tinggal 48 jam sahaja sebelum permohonan UPU ke IPTA/Politeknik Premier/Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti dan ILKA bakal ditutup pada 6 April 2015 jam 4.00 petang.Oleh itu sila pastikan pemohon telah pun membuat permohonan.
Permohonan UPU dibuka 2015/2016
Peluang pemohon UPU untuk membuat semakan akhir
Sila semak semula permohonan UPU dan pastikan ia telah disahkan dan dihantar. Permohonan UPU yang telah dibuat yang belum disahkan dan belum dihantar tidak akan diproses.

Permohonan UPU tersebut untuk sesi ambilan 2015/2016 untuk lepasan SPM/setaraf dan STPM/Matrikulasi KPM/Asasi atau setaraf.

P/s : Zaman dah berubah. Dahulu penulis memohon menerusi borang ooo… !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge