10 Makanan Yang Menjejaskan Kehidupan Seks Anda

Alkohol menjejaskan kesihatan seks

Alkohol

 

Tidak dinafikan bahawa coklat gelap dan badam merupakan makanan yang dapat meningkatkan ghairah seks. Namun tanpa disedari ada makanan tertentu yang mempunyai kesan yang dapat mengurangkan nafsu seks anda. Oleh itu adalah penting untuk anda tahu tentang makanan yang secara semula jadi boleh merosakkan dan menjejaskan organ pembiakan anda juga.  Oleh itu cuba kenalpasti beberapa makanan ini dan elakkan makanan tersebut dalam menu anda sekiranya anda inginkan seks yang hebat.

PEMANIS TIRUAN

Pemanis tiruan mengandungi aspartame, iaitu bahan yang boleh menjejaskan hormon gembira dalam badan anda (serotonin). Tanpa hormon ini mood dan libido akan terjejas. Bukan itu sahaja, aspartame juga mempunyai kesan sampingan seperti sakit kepala, kerengsaan, resah dan insomnia. Jadi, pada masa depan apabila anda keluar mendapatkan barangan runcit anda, belilah beberapa pemanis semula jadi seperti madu untuk menjaga kesihatan anda dan memastikan kehidupan seks anda sentiasa hebat.

EMPING JAGUNG

Emping jagung ataupun lebih dikenali sebagai `Corn Flakes`  pasti  mengejutkan ramai orang kerana ia turut dilabel sebagai anti-afrodisiak (mengurangkan nafsu seks). Pasti ramai yang tidak tahu bahawa Dr. John Harvey Kellogg menyediakan bijiran ini sebagai diet untuk mengurangkan nafsu seks orang itu? Jadi adalah lebih baik untuk jauhkan diri daripada emping jagung jika anda merancang untuk melakukan adegan romantis di awal pagi atau sebelum masa tidur anda.

KEJU

Produk-produk tenusu yang boleh didapati di pasaran hari ini tidak semula jadi kerana kebanyakannya sudah diproses. Produk-produk tenusu yang tinggi kandungan lemak, seperti keju, boleh menyebabkan banyak kerosakan kepada badan anda. Pengambilan produk itu secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan toksin yang akan mengganggu pengeluaran semula jadi hormon seperti estrogen, progesteron dan testosteron yang boleh meningkatkan mood. Toksin yang terkumpul di dalam badan juga boleh menyebabkan disfungsi seksual dalam kes-kes yang melampau.

CIP KENTANG GORENG

Pengambilan satu pek kentang goreng sahaja sudah cukup untuk mengakibatkan kerosakan tisu dan sel-sel badan anda termasuk membantutkan nafsu seks anda. Ini kerana kentang goreng dan makanan ringan rangup disediakan dalam minyak yang dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi. Pemanasan minyak pada suhu tinggi akan menyebabkan minyak itu akan menjadi bertoksik dan menganggu nafsu anda.

Kopi juga mempunyai kesan pada kesihatan seks

Kopi juga mempunyai kesan pada kesihatan seks

KOPI

Satu cawan kopi pada waktu pagi boleh menyebabkan anda lebih segar tetapi jika berlebihan ia menyebabkan hormon kortisol meningkat dan menyebabkan tekanan. Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan tekanan dan ketidakseimbangan hormon. Jadi, jika anda berada dalam mood untuk melakukan seks dan berkasih sayang, adalah lebih baik jika anda mengurangkan pengambilan kopi daripada diet anda dan pasangan anda.

SOYA

Soya merupakan pengganti yang sihat bagi daging. Tetapi, kacang soya mengandungi fitoestrogen yang bersaing dengan hormon seks lelaki. Ia adalah cukup untuk menyebabkan masalah kesuburan, pertumbuhan payudara lelaki dan keguguran bulu badan dan patut dielakkan oleh lelaki.

MINUMAN BERGAS

Pengambilan minuman bergas menyebabkan turun naik berat badan anda dan mood anda. Minuman ini merupakan penyebab masalah kesihatan seperti obesiti, kaviti gigi, kencing manis, dan banyak lagi. Adalah jelas bahawa jika anda mula mengalami isu-isu kesihatan, maka ia adalah cukup berbahaya dan memberi kesan pada nafsu seks anda.

GULA-GULA GETAH

Fikir dahulu sebelum memasukkan gula-gula getah ke dalam mulut anda! Walaupun ia memberi manfaat kepada sistem pencernaan dan menghilangkan nafas berbau, ia juga boleh memberi kesan buruk kepada nafsu anda. Gula-gula getah menghasilkan mentol yang menurunkan nafsu seks. Jadi, ambillah herba semulajadi untuk menghilangkan nafas berbau.

ALKOHOL

Anda mungkin berasa tenang selepas meneguk beberapa gelas alkohol tetapi alkohol sebenarnya boleh membuat anda rasa mengantuk dan kurang peka terhadap persekitaran anda.Adakah anda mempunyai perasaan romantis apabila melihat seseorang yang terhuyung-hayang kerana mabuk? Pengambilan alkohol mendorong reaksi kimia yang boleh menghalang pengeluaran testosteron. Pada masa akan datang jika anda ingin melakukan hubungan elakkan meneguk minuman keras.

MAKANAN BERGORENG

Makanan bergoreng seperti hamburger dan kentang goreng adalah pembunuh romantis! Lemak buatan (‘hydrogenated Fat’) merendahkan tahap testosteron anda, dan juga boleh menyebabkan pengeluaran sperma yang tidak normal dan kualiti yang rendah  di kalangan lelaki. Jika anda berada dalam mood untuk menarik perhatian pasangan anda dengan membawanya keluar makan malam adalah lebih baik menjauhkan diri dari semua restoran makanan segera, terutamanya jika anda merancang sesuatu yang romantis.

Jadi, jika anda berada dalam mood untuk mendapatkan suasana selesa dengan pasangan anda maka ia adalah yang terbaik untuk mengelakkan makanan ini anti-afrodisiak dari menu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge